'Kembalikan Labuan ke Sabah jika pusat tak dapat bangunkan'

  • 4 years ago
Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli meminta kerajaan persekutuan supaya mengembalikan Wilayah Persekutuan Labuan kepada Sabah jika tidak dapat membangunkannya.

Jelasnya, Sabah juga mempunyai keupayaan dan kewangan yang cukup besar untuk membentuk wilayah itu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin yang bertanya adakah Labuan bakal bersetuju sekiranya ada gerakan untuk kembali ke pangkuan Sabah.

Recommended