Ultras 'chant' lagu kutuk FAM di Hong Kong
  • 7 years ago
Aksi kelayakan Piala Asia 2019 di antara Malaysia bertemu Hong Kong tempoh hari cukup 'panas' suhunya buat peminat bola sepak tanah air.

Apa tidaknya dengan kekalahan dua gol tanpa balas, skuad tanah air pula bermain dengan 10 orang apabila kapten Safiq Rahim dilayangkan kad merah kerana dilihat memijak pertahanan lawan pada minit ke-39.

Tidak cukup dengan drama di dalam padang, timbul pula drama di luar padang apabila kumpulan penyokong Malaysia, Ultras Malaya menyanyikan lagu 'FAM Bang@#t'.

Tindakan kumpulan penyokong itu menimbulkan perbalahan di kalangan netizen dan penyokong bola sepak di negara ini.

Ada yang mengatakan itu memang seharusnya dilontarkan apabila prestasi Harimau Malaya tiada perubahan sejak pengurusan baru FAM mengambil alih tugas.

Namun kumpulan yang mempertahanan pula berpendapat dalam masa singkat pengurusan baru FAM tidak boleh dipersalahkan dengan prestasi sedia ada Harimau Malaya.