'Chant' menghina, FAM didenda RM179,732 kerana penyokong

  • 6 years ago
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima hukuman denda sebanyak RM179,732 kerana kesalahan penyokong ketika Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 pada Ogos lalu.

RM126,870 denda dikenakan kerana penyokong Malaysia menyanyikan 'chant' yang menghina pasukan lawan ketika aksi Malaysia-Brunei dan Malaysia-Singapura di Stadium Shah Alam.

Selain itu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut medenda FAM RM31,717 kerana tindakan penyokong membakar mercun ketika aksi separuh akhir Malaysia-Indonesia.

AFC turut mendenda FAM sebagai penganjur kerana tindakan penyokongmembaling 50 hingga 60 botol ketika aksi Indonesia-Kemboja.

Jumlah keseluruhan RM179,732 itu hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari bermula semalam dan hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan sama berulang menurut AFC dalam satu kenyataan.