Rasuah: Bekas pegawai TLDM didenda RM100,000, aset RM1.6 juta dilucut hak

  • 8 years ago
Seorang bekas leftenan komander TLDM didena RM100,000 dan asetnya bernilai RM1.6 juta diperintahkan dilucut hak oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.

Hakim Indra Nehru Savandiah menjatuhkan hukuman itu selepas Khairul Izwan Mohd Khir, 38 tahun mengaku salah terhadap enam tuduhan rasuah berhubung dengan pembelian bekalan untuk tentera laut.