Bekas pegawai khas kepada bekas menteri kabinet dipenjara, didenda
  • 5 years ago
Seorang bekas pegawai khas kepada seorang bekas menteri Kabinet dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM400,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan RM80,000, empat tahun lepas.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa penjelasan yang dibuat tertuduh, Zailan Jauhari, 48, ke atas pendakwaan kes gagal menimbulkan keraguan munasabah kerana hujahan pembelaannya didapati tidak jujur serta langsung tidak dapat diterima dan hanyalah penafian semata-mata.

Rozilah turut memerintahkan Zailan dipenjara setahun lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Zailan didakwa menerima suapan bagi mana-mana orang lain iaitu wang tunai RM20,000 dan sekeping cek bernilai RM60,000 sebagai upah kerana membantu dua syarikat mendapatkan tender bagi kerja-kerja pembersihan sekolah dalam daerah Kuala Selangor. - Bernama