Terima RM30,000 sebulan, pemimpin DAP gesa seret bekas KSN ke tribunal khas

  • 2 years ago
Seorang pemimpin DAP menggesa semua ahli parlimen supaya mendesak penubuhan sebuah tribunal khas bertujuan untuk menyiasat pendedahan Mohd Sidek Hassan.

Ini berikutan pendedahan Sidek bahawa dia dibayar RM30,000 sebulan sebagai penasihat 1MDB tanpa perlu menghadiri sebarang mesyuarat.