'Tembak' ada pelbagai makna, Razlan suruh pemimpin DAP belajar BM

  • 5 years ago
Bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii memaklumkan bahawa dia akan disoal siasat oleh pihak polis berhubung ciapannya di Twitter agar ahli-ahli DAP ‘ditembak’.Razlan yang hadir berpakian melayu putih tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 10 pagi ditemani penyokongnya.Razlan akan disiasat bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).Seksyen 505(C) adalah berkaitan dengan kenyataan yang mendatangkan khianat awam, dengan niat menyebabkan ketakutan, atau mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.