LHDN akan kejar menteri PH, bukan hanya Najib, bekas menteri
  • 5 years ago
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan mendiskriminasi apabila mengejar menteri-menteri yang gagal membayar cukai pendapatan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa "bukan hanya bekas menteri sahaja” tetapi juga menteri sekarang yang mempunyai tunggakan cukai akan diburu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen apabila ditanya sama ada tindakan lanjut akan diambil susulan bekas perdana menteri Najib Razak yang dikenakan notis cukai sebanyak RM1.5 bilion bagi tempoh 2011 hingga 2017.

Ini termasuk RM2.6 bilion yang didakwa ‘didermakan’ oleh Arab Saudi.