Palsu dokumen: Bekas menteri Sabah dipenjara 3 tahun, denda RM50 ribu

  • 2 years ago
Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah, Peter Anthony disabitkan bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak penyelenggaran sistem di Universiti Malaysia Sabah tujuh tahun lepas.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 sebagai ganti hukuman penjara tambahan 15 bulan terhadap Peter.