'Bangga Mengawalmu' nyanyian semangat Ultras buat Singa Utara

  • 6 years ago
Skuad Perlis perlu bangkit, kami ada dibelakangmu, itu semangat yang ingin ditonjolkan sekumpulan penyokong pasukan Perlis dalam satu video yang kini tular di media sosial.

'Demi Sebuah Kecintaan' nyanyian semangat Ultras Perlis - Brigate Galloblu (BGB Perlis) dikongsikan di laman Youtube bola sepak Rise of the Panthers sejak semalam.

Bait-bait lagu yang begitu bersemangat dinyanyikan BGB untuk skuad Singa Utara.

Perlis kembali terperosok ke Liga FAM selepas hanya semusim kembali ke Liga Perdana 2017.

Menduduki tangga tercorot Liga Perdana nampaknya tidak mematahkan semangat Ultras BGB untuk terus memberikan sokongan.

Perlis, negeri terkecil di Semenanjung itu pernah menjadi kuasa besar bola sepak negara apabila menjuarai Piala Malaysia sebanyak dua kali pada 2004 dan 2006 di samping muncul juara Liga Super 2005.