"Saya cakap jurukamera RTM jangan dekat, terus dia kena tembak," lapor saksi

  • 7 years ago
Seramai tiga individu, termasuk seorang 'Datuk' terbunuh dalam satu kejadian tembakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di George Town, Pulau Pinang, lewat petang semalam.

Wartawan Harian Metro menemubual saksi kejadian yang juga wartawan Sinar Harian.

Kejadian itu disahkan oleh OCPD George Town Mior Faridalathrash Wahid, memetik laporan The Star Online.

Polis kemudian memberi nama 'Datuk' yang berusia 32 tahun itu sebagai Ong Teik Kwong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Zainol Samah berkata, penembak tersebut merupakan pengawal peribadi Ong sendiri, menurut laporan berasingan oleh portal berita.

Pengawal peribadi yang sedang dalam perjalanan di dalam kereta yang sama dengan 'Datuk' itu telah menembak bosnya dan selepas itu menembak seorang lagi penumpang di dalam kenderaan yang sama.

Beliau kemudiannya cuba melarikan diri dengan berjalan kaki.

Pengawal peribadi itu turut mencederakan empat individu lain termasuk jurukamera RTM.

Jurukamera RTM itu bersama-sama dengan rakan sekerja sedang dalam perjalanan ke Pesta Pulau Pinang.

Muhamad Amirul Amin Amir, 27 telah terkena peluru sesat di bahu kiri selepas beliau berhenti untuk melihat kekecohan yang berlaku.

Seorang lagi wanita di dalam kereta yang berasingan turut cedera parah.

Recommended