'Negara tak boleh terus buat hutang baru untuk bayar hutang lama'
  • 2 years ago
Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul Majid memberi peringatan bahawa tindakan meminjam wang untuk membayar hutang hanyalah langkah sementara dan Malaysia perlu mencari penyelesaian jangka panjang bagi masalah itu.

Katanya lagi, bagi setiap seringgit hasil yang dijana negara, 16 sen digunakan untuk membayar faedah hutang.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh menyatakan kebimbangan apabila kadar peratusan tinggi hasil negara digunakan untuk pembiayaan hutang.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=GltWAmlXCME
Recommended