GST : PM tak sebut Kerajaan akan laksana terus
  • 5 years ago
Kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hari ini tidak bermaksud sistem percukaian itu akan terus dilaksanakan semula, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut laporan media yang dibacanya, Saifuddin menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan Dr Mahathir ialah kerajaan hanya akan mengkaji keperluan untuk memperkenalkan semula sistem GST jika perkara itu merupakan kehendak rakyat.

"Kalau rakyat nak balik semula pada GST, kerajaan sedia kajilah. Bukan perdana menteri kata kerajaan akan laksanakan terus. Tak ada. Dia tidak sebut begitu. Jadi kita tamat di situ dari segi kenyataan PM," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir berhubung GST.