Wakil Kesatuan bomba ujar akan terus beri komitmen pada rakyat

  • 5 years ago
Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mendengar keputusan mahkamah koroner.

Presidennya, Zainal Abidin Nong Chik yang ditemui di luar perkarangan mahkamah berharap keputusan berpihak kepada arwah Adib.

“Kami bukan mahu berhimpun, tetapi beri sokongan buat (arwah) Adib dan seluruh warga Bomba dan penyelamat Malaysia di atas tanggungjawab sebagai pasukan penyelamat.

“Saya harap apa juga keputusan yang kita akan terima, berpihak pada kita. Dan saya amat berharap keluarga Adib terus tabah hadapi dugaan ini,” katanya kepada pemberita.