'Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang ada hubungan terus dengan Putrajaya'
  • 4 years ago
Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya kerajaan negeri yang ada hubungan terus dengan kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Perikatan Nasional mampu menjamin kebajikan rakyat di negeri itu.

"Rakyat mahu rumah. Rakyat mahu pekerjaan. Rakyat mahu makanan. Rakyat mahu infrastruktur yang baik"

"Yang boleh memberi kerajaan yang baik adalah kerajaan yang ada hubungan terus dengan Putrajaya", katanya ketika berucap di majlis pertemuan jentera BN di Tanjung Batu, Kalabakan malam tadi.

Sebelum itu, beliau mengatakan pemerintahan kerajaan negeri di bawah pimpinan Mohd Shafie Apdal 'tiada idea' untuk membangunkan negeri itu dan merujuk kepada potensi besar pembangunan bandar-bandar di sempadan berikutan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.