Saya terus terang, data polis terdapat kecenderungan tak baik

  • 5 years ago
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa semua pihak mengurangkan "suhu yang meningkat" susulan apa yang disifatkannya sebagai sentimen sekitar isu kaum dan agama, dan institusi diraja.

Beliau berkata maklumat yang dikumpul oleh pihak polis menunjukkan peningkatan insiden berkaitan tiga perkara itu telah meningkat dua kali ganda sejak tahun lalu.

"Saya nak berkata terus-terang...Data yang dikumpulkan polis yang telah ditaklimatkan kepada saya dan perdana menteri menunjukkan ada kecenderungan tidak baik (untuk membangkitkan isu) berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R iaitu race, religion, royalty).