Video pemandu Uber dimarah, penumpang diarah turun

  • 8 years ago
Dua rakaman pemandu Uber dimarah dan diberi amaran oleh pemandu teksi dimuat naik oleh seorang pengguna Miguelmutien Masterpiece di laman Facebook menjadi viral.

Dalam rakaman tersebut jelas kedengaran pemandu Uber dimarah dan diberi amaran untuk tidak beroperasi dikawasan tersebut.

Selain itu penumpang yang menggunakan perkhidmatan kereta pemandu Uber itu turut diarah untuk turun dan meninggalkan kereta tersebut.

Rakaman yang dipercayai berlaku di Sabah itu mendapat rekasi pengguna laman sosial tentang sikap kurang ajar para pemandu teksi terhadap pemandu Uber.