MP Pasir Salak diarah keluar dewan ganggu Khalid Samad
  • 4 years ago
hli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung dua hari kerana didakwa menggunakan perkataan 'bodoh' dilemparkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad ketika membentangkan isu penjualan tanah Kampung Baru.

Tajuddin dan blok pembangkang seringkali mencelah ketika Khalid sedang membahaskan isu tersebut sehingga Dewan Speaker memberi amaran jika ada ahli parlimen yang bangun dan mencetuskan kekecohan.

Setelah beberapa kali berlaku perang mulut, Yang Dipertua Dewan Rakyat meminta MP Pasir Salak keluar dewan kerana membuat gangguan.

Tajuddin dikatakan tidak mahu keluar dewan, dan Speaker dewan meminta dia berdiam diri di dalam dewan.
Recommended