'Terima kasih Zahid kerana hancurkan perpaduan Umno Pasir Salak'
  • last year
Beberapa ahli Umno bahagian Pasir Salak mengecam keputusan menggugurkan Tajuddin Abdul Rahman sebagai calon parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti yang diumumkan malam tadi.

Mereka secara terbuka menolak pencalonan Khairul Azwan Harun dan menyindir keputusan itu dengan mengucapkan penghargaan kepada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa menyebabkan perpecahan Umno Pasir Salak.
Recommended