Pemandu Uber bersalah merogol di India

  • 9 years ago
Seorang pemandu perkhidmatan kereta Uber didapati bersalah oleh Mahkamah India atas kesalahan merogol seorang penumpang wanita dalam keretanya tahun lalu.

Kejadian yang berlaku pada Disember lalu mencetuskan tunjuk perasaan meluas di India yang menentang keganasan seks dan tuntutan buat kerajaan supaya mengambil lebih banyak langkah dalam menjaga keselamatan wanita.