Pemandu teksi terjejas, pemandu Grab terima banyak tempahan
  • 4 years ago
Tinjauan KiniTV hari ini di sekitar Kuala Lumpur mendapati permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran makanan daripada orang ramai meningkat berikutan perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini.

Bagaimanapun, beberapa pemandu teksi yang ditemui menyatakan pendapatan mereka terjejas bukan sahaja hari ini, tetapi sejak wabak Covid-19 menjadi semakin serius sebulan lepas.