'Ribuan pekerja, peruncit, pengedar terjejas jika boikot' - Coca-Cola
  • 3 years ago
Coca-Cola Malaysia menjelaskan desakan memboikot produk mereka dibuat berdasarkan maklumat yang salah, khabar angin dan kurang pemahaman, khususnya termasuk operasi mereka di Timur Tengah.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika muncul semula gesaan memboikot minuman itu di tengah-tengah kehangatan konflik Israel dan Hamas daripada kumpulan pejuang Palestin.

Sementara itu, Coca-Cola berkata boikot di Malaysia hanya akan memberikan kesan buruk terhadap pekerjanya di negara ini dan pengedar tempatan.