Perang dagang Amerika-China, kesepaduan terjejas sedikit
  • 4 years ago
Ketika ditanya bagaimana APEC dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam menangani perang dagang di antara AS-China, Dr Mahathir berkata sejak 30 tahun penubuhan kerjasama itu, ia memainkan peranan yang amat penting kepada dunia.

“Adalah jelas banyak negara sudah mengadaptasi resolusi APEC dan menunjukkan perkembangan yang baik daripada perdagangan bebas dan kebergantungan terhadap perdagangan untuk mengembangkan ekonomi.

“Hanya selepas itu kita berdepan dengan perang dagang AS-China, dan walaupun ia menjejaskan sedikit kesepaduan APEC, tetapi semangatnya masih ada apabila ahli masih mahu menghadiri mesyuarat APEC.

“Saya fikir yang perbincangan kali ini akan menghasilkan keputusan yang penting,” katanya.

Dr Mahathir turut menekankan kepentingan supaya pertumbuhan ekonomi dikongsi dengan orang lain.

“Seperti yang pernah saya tekankan sebelum ini, bahawa tidak hanya penting untuk mengembangkan ekonomi tetapi juga penting untuk pertumbuhan ekonomi dikongsi dengan semua orang.

“Ia mesti inklusif. Ia bukan hanya untuk sesetengah pihak atau sesetengah negara saja dan yang lain tidak menikmati pertumbuhan yang adil,” katanya.