Video: Hujan ribut di Johor, 22 kawasan terjejas

  • 7 years ago
22 kawasan di Johor terjejas selepas hujan lebat dan ribut malam semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Bahru, Lt (PA) Mohd Aziz Jupri berkata sekatajam 12 tengah malam semalam, berlaku pokok tumbang di 22 kawasan.

Antara kawasan terjejas termasuk Pejabat Daerah Johor Bahru di Larkin, Jalan Padi, Padi Malinja, Padi Malinja 1, Padi Emas, kawasan berhampiran gedung Jakel, persimpangan lampu isyarat Jalan Padi serta berhadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda.

Kawasan lain yang terjejas termasuk Jalan Padi simpang ke Taman Skudai kanan, Jalan Sekoi, simpang ke perumahan Skudai Kiri, Jalan Tahana, Yellow Horizon Adda Height, Jalan Daya di Taman Daya, Jalan Mutiara 13, Taman Bukit Mutiara, Jalan Serama, sepanjng Jalan Bukit Mutiara dan kawasan Perindustrian Tebrau.