Orang utan terjejas akibat jerebu di Indonesia

  • 9 years ago
Orang utan yang merupakan antara spesies terancam di dunia menjadi mangsa terbaharu krisis jerebu di Indonesia selepas banyak kawasan hutan dibakar bagi membuka tanah pertanian.

Pasukan penyelamat di sebuah pusat pemuliharaan spesies beruk dan orang utan di Kalimantan kini menimbang untuk memindahkan beratus-ratus orang utan di bawah jagaan mereka di samping menyelamatkan haiwan itu yang hidup liar di rimba.

Di Pusat Pemuliharaan Nyaru Menteng di Kalimantan, sebanyak 16 anak orang utan telah diasingkan selepas haiwan itu mengalami jangkitan akibat terdedah lama kepada asap jerebu tebal.