Kita dah tak boleh bertolak ansur dengan pemandu teksi - Zam
  • 6 years ago
Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mahu kerajaan tidak lagi 'bertolak ansur’ dengan pemandu teksi memandangkan sudah begitu banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai tentang perkhidmatan itu.

Katanya, perkhidmatan teksi di negara ini perlu ditambah baik secara keseluruhan dan tidak boleh ada istilah 'setengah baik, setengah tak baik’.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan koleksinya di Universiti Islam Malaysia Cyberjaya, Selangor, hari ini.