Penumpang diarah keluar pesawat terima ancaman bom

  • 8 years ago
Pemunpang pesawat dari Madrid ke Riyadh di arahkan keluar selepas satu nota serangan bom ditemui dalam pesawat terbabit.

Pesawat Saudi Arabian Airlines itu dijadualkan berlepas pagi ini namun kapten pesawat meminta penumpang dipindahkan selepas menemui nota bertulis "bom 11.30".

Jurucakap pengendali lapangan terbang AENA yang enggan dikenali memberitahu AFP, maklumat yang diterima daripada polis mengatakan ia adalah amaran palsu.