Pesawat Russia terhempas, 71 penumpang maut
  • 6 years ago
Semua 71 penumpang dan kru pesawat Saratov Airlines, Russia yang terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo, di Moscow terbunuh.

Memetik AFP, pesawat Antonov An-148 itu dalam perjalanan ke Orsk, bandar di Urals, dan terhempas di daerah Ramensky.

Dilaporkan 65 penumpang dan enam kru berada dalam pesawat itu.

Laporan menyatakan saksi di perkampungan Argunovo melihat sebuah pesawat yang terbakar jatuh dari langit.

Sumber perkhidmatan kecemasan Russia memaklumkan Interfax, 71 penumpang dalam pesawat itu "tiada peluang" untuk selamat.