Pesawat Russia meletup kerana bom?

  • 9 years ago
Pasukan penyiasat kemalangan udara Russia mengesahkan pesawat penumpang Airbus A321 yang hilang dari radar selepas 23 minit berlepas dari pusat pelancongan Sharm el-Sheikh Sabtu lalu, meletup sebelum berkecai kepada dua bahagian pada altitud tinggi.

Pengarah agensi penerbangan persekutuan Russia, Alexander Neradko berkata, pesawat terbabit meletup di udara di sebuah kawasan terpencil di Semenanjung Sinai, yang dikuasai kumpulan militan Negara Islam (IS) dan al-Qaeda.


Bagaimanapun bliau enggan mengulas punca sebenar pesawat itu meletup memandangkan siasatan masih dijalankan, tetapi pakar keganasan percaya letupan berpunca daripada sebuah bom.