Video: Model Russia dikritik kerana gambar ekstrem di bangunan tinggi

  • 7 years ago
Kerana mahukan gambar yang sempurna, seorang model daripada Russia hanya bergayut di Menara Cayan, Dubai dengan cuma memaut tangan pembantu lelakinya.

Aksi ekstrem Viki Odintcova, 23 terapung di udara pada ketinggian 306 meter itu di muat naik di Instagram miliknya.

Gambar itu menerima kritikan pengguna media sosial yang mengatakan perbuatan bodoh dan membahayakan nyawa.

Difahamkan pihak polis tempatan juga telah menemui beliau dan memberikan amaran untuk tidak mengulangi aksi seperti itu lagi.