Neymar diarah keluar, Cavani penyelamat PSG

  • 7 years ago
Sepakan percuma cantik menggegar palang dan kemudian masuk ke dalam gawang oleh Edison Cavani menjadi gol penyelamat buat maruah kelab mewah Paris Saint Germain (PSG).

Pemain termahal dunia Neymar diarah keluar padang selepas menanduk penyerang Marseille, Lucas Ocampos.

Ketika kedudukan memihak kepada Marseille dengan mendahului 2-1, PSG memperoleh sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Cavani menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan percuma cantik pada masa kecederaan 90+3. Sekaligus menyelamatkan PSG daripada tewas di tangan Marseille.