11 jaringan Neymar di PSG, pemain termahal dunia

  • 6 years ago
Penyerang kelahiran Brazil, Neymar telah meledak 11 jaringan apabila berpindah ke Ligue 1 Perancis pada Ogos tahun lalu.

Perpindahan itu meletakkan Neymar sebagai pemain termahal dunia dengan tanda harga RM1.2 bilion atau RM222 juta euro.

Biarpun terpalit pelbagai kontroversi sebelum dan selepas berhijrah dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG), Neymar tetap menjadi 'Neymar' dengan prestasi setanding tanda harganya.

11 gol dan banyak lagi bakal dipamerkan Neymar yang baru sahaja memenangi Samba d'Or tiga kali berturut-turut.

Anugerah samba d'Or diberi bagi menghargai pemain terbaik Brazil di Eropah dan ianya diundi oleh penyokong, wartawan serta bekas pemain.

Bintang PSG itu turut merangkul gelaran sama pada musim 2014 dan 2015 ketika bersama kelab lamanya Barcelona.