Gol kelas dunia Nabil Fekir dan Depay ketika bertemu PSG

  • 6 years ago
Nabil Fekir membuka tirai jaringan dengan satu sepakan percuma yang sangat padu.

Tendangannya betul-betul pergi kearah kiri gawang dan menyentuh tiang sebelum masuk ke gawang.

Manakala Memphis Depay hadir dengan satu gol berkualiti tinggi. Depay menendang deras bola selepas satu gerakan solo yang menarik.

Penjaga gol PSG terpaku dengan jaringan Depay itu tanpa mampu berbuat apa-apa.