JDT pamer fasiliti, netizen komen ini 'kelas dunia'

  • 6 years ago
Juara empat kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi kemampuannya di dalam padang.

Namun apakah kehebatan di dalam padang turut diterjah di luar padang? Jawapannya adalah ya, JDT mempunyai fasiliti kemudahan yang lengkap sebagai sebuah kelab bola sepak.
Menerusi satu video terbitan JDTtv, Fasiliti yang dimiliki JDT dipamer dari segi padang, stadium, tempat duduk pemain, bilik persalinan pemain, kolam mandi, tempat latihan, gymnasium dan pelbagai kelengkapan yang diperlukan sebagai sebuah organisasi bola sepak.

Di dalam video itu disiarkan kemudahan yang terdapat di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, di Larkin, Pusat latihan Padang Seri Gelam, Pusat Latihan Tertutup Dato Suleiman Mohd Noor, Stadium Pasri Gudang dan Pusat latihan Padang Mawar.

Semua kemudahan itu adalah untuk kegunaan JDT, JDT ll, JDT lll dan JDT lV di mana ia dibahagikan di antara pasukan terbabit mengikut tempat masing-masing.

Komen-komen para netizen berkata bahawa kelengkapan yang dimiliki pasukan JDT secara keseluruhannya adalah 'berkelas dunia' dan maju.

JDT kini dalam penantian untuk stadium baru yang sedang dibina iaitu Stadium Sultan Ibrahim Larkin yang sebelum ini telah disiarkan video grafik stadium berkenaan.