Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kudapan simple tapi padu! Guna roti paratha frozen je dah boleh dapat satu hidangan yang enak. Nak buatnya pun mudah saja. Sesuai untuk jualan juga.

ROTI DAGING CHEESE

Bahan-bahan:

300gm daging cincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar rempah kari
1 biji bawang merah | potong dadu
1 mangkuk daun bawang
Roti paratha
Keju mozzarella
Bijan hitam | optional, untuk hiasan

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #rotidagingcheese #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Resepi roti daging cheese yang wajib anda cuba
00:02Garing di luar, cheese melilih di dalam, confirm ketagi
00:05Mula-mula, goreng daging cincang hingga masak
00:09Bila daging dah masak, masukkan sos tiram, sos cili, rempah kari dan bawang besar
00:16Gaul-gaul-gaul hingga sebati dan naik bau
00:18Akhir sekali, masukkan daun bawang untuk naikkan seri dan rasa daging cincang kita
00:29Gaul-gaul-gaul dan inti daging kita dah siap, boleh ketepikan
00:32Ambil sekeping roti parata, letakkan inti daging dan keju mozzarella secukupnya
00:38Tarik parata dan balut sampai jadi bulat
00:41Ejak-ejak setelah bentuk tu nanti ya, tekan-tekan sikit bagi lepi
00:44Masukkan roti ke dalam airfryer
00:48Sapukan sedikit minyak dan bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 15 minit
00:54Ok, dah siap roti daging cincang kita
00:58Tabukkan sedikit bijan dan daun bawang sebagai hiasan
01:01Sedap betul makan untuk hidangan minum petang sambil tengok drama
01:04Memang rangup
01:05Selamat mencuba
01:06Ingat makan, ingat rasa
01:08Terima kasih kerana menonton!
01:09Terima kasih kerana menonton!
01:10Terima kasih kerana menonton!
01:11Terima kasih kerana menonton!

Recommended

0:58
1:07