Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menafikan dakwaan kerajaan akan memansuhkan subsidi gas petroleum cecair (LPG).

Penafian itu dibuat ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa terdapat dakwaan kerajaan akan menarik balik atau memansuhkan subsidi berkenaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #LPG #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Pertama, saya fikir dakwaan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu
00:05bahawa kerajaan akan memansuhkan atau menarik subsidi ini adalah satu kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan.
00:15Yang kedua, mandat yang diberikan kepada KPDN adalah untuk menangani ketirisan dalam bentuk penyerwengan dan juga penyeludupan
00:25dan tidak sesekali untuk menarik ataupun mengurangkan apatah lagi memansuhkan subsidi LPG.
00:33Dan sebenarnya kerajaan terus komited untuk menyalurkan subsidi silinder LPG ini kepada rakyat
00:41namun asasnya subsidi ini adalah subsidi kepenggunaan, subsidi dapur rakyat.
00:47Namun pada masa yang sama, kerajaan perhatin bahawa sektor perniagaan makanan dan minuman mikro dan kecil
00:56memerlukan juga bantuan ini kerana ia menawarkan perkhidmatan bekalan makanan kepada rakyat.
01:04Maka kerajaan sentiasa terbuka untuk membenarkan sektor perniagaan mikro dan kecil ini,
01:11makanan dan minum untuk terus memanfaatkan subsidi ini.
01:14Namun sekiranya alasannya adalah untuk memastikan mereka boleh menawarkan harga yang berpatutan
01:23maka harap dapat dipastikan supaya harga makanan dan minuman itu juga adalah harga rakyat
01:29bukannya harga premium dan sebagainya.
01:33Dan komitmen kerajaan ini, Puan Yang Dipertua, akan diterjemahkan.
01:38Pengiktirafan, kebenaran kepada premis perniagaan mikro dan kecil makanan dan minuman ini
01:46melalui pindaan yang akan kita buat dalam PPKB 2021 tersebut untuk membolehkan adanya clarity of law.
01:54Dalam kita memperkenalkan mekanisme kawalan, pada masa yang sama kita terus membenarkan
02:00bukan hanya subsidi dapur rakyat di rumah tetapi juga pada perniagaan mikro dan kecil
02:06akan terus dapat memanfaatkan subsidi tonggas LPG ini.

Recommended