Azalina tegur pihak persoal tindakan dakwa pemberi maklumat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegur segelintir pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan mendakwa pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat kepada media.
Jelasnya, menjadi amalan dan prosedur di seluruh dunia bahawa pemberi maklumat tidak boleh pergi kepada media.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
00:00Tapi saya juga nak tegur di sini, banyak orang bertanya, kenapa bila pemberi maklumat pergi ke media, dia juga boleh dilihat sebagai salah satu daripada yang dibuatkan tuduhan.
00:10Sebenarnya di luar sana, di dunia, Tansi Petua prosedur dia, dia memang tak boleh terus pergi kepada media.
00:17Pemberi maklumat mesti pergi kepada agensi yang bertanggungjawab. Sebab agensi nak menilai kesaihan maklumat tersebut.
00:22Dan kalau kita lihat juga, salah satu daripada sebab penekanan yang kita tidak boleh memberikan galakkan bagi di segi dasar kerajaan.
00:32Pertama sekali kita nak menghalang supaya tidak adanya abuse of system dengan izin.
00:36Keduanya kita nak menentukan bahawa rahsia negara itu tidak menjadi pada tahap disebut oleh pemberi maklumat.
00:43Pertama sekali dalam isu national security, Tansi Petua.
00:46Kemudian diikuti dengan proses due process iaitu perlunya prosedur undang-undang.
00:49Kalau dia contohnya pergi kepada media, akan wujudnya satu premis trial by media dengan izin.
00:55Maknanya media dah membuat keputusan. Maknanya orang awam dah buat keputusan tentang kesalahan.
00:59Ini pun tidak ada kepada sistem proses undang-undang yang ada dalam negara kita.
01:04Dan akhir sekali ialah kita juga mesti menentukan bahawa galakkan yang kita nak gelak ini kepada elemen pemberi maklumat,
01:11dia mesti kepada badan-badan agensi yang bertanggungjawab untuk menilai.
01:15Sebab kesalahan tetap kesalahan Tansi Petua.
01:18Tetapi kadang-kadang pemberi maklumat, kalau dilihat oleh badan agensi tersebut, perlu diberikan perlindungan.
01:24Premis keduanya selain daripada dia jadi pemberi maklumat Tansi Petua,
01:27ialah isu yang dikatakan memasuki dalam elemen witness protection program.
01:32Maknanya dia kena mendapat perlindungan pensaksian.
01:35Jadi kalau dia jadi pemberi maklumat, dia dilihat sebagai, walaupun dia terlibat dalam kesalahan tersebut,
01:40kemungkinan agensi bersetuju dan diberi pula witness protection.
01:43Itulah rangkaian gerakan yang kita lihat dalam kes pemberi maklumat dalam negara kita.