Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pelantikan Ketua Hakim Negara baharu bersifat 'underdog' bukan kalangan nama besar

Pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu boleh disifatkan sebagai seorang ‘underdog’ kerana bukan dalam kalangan nama besar atau tokoh yang dijangka ramai pihak.

Bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Liyana Marzuki berkata, bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang negatif malah mungkin membawa kelebihan dalam usaha memulihkan institusi kehakiman.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739197/berita/nasional/pelantikan-ketua-hakim-negara-baharu-bersifat-underdog-bukan-kalangan-nama-besar

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #KetuaHakimNegara #WanAhmadFarid #KarnivalSiangMalam

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelantikan Ketua Hakim Negara yang baru boleh disifatkan sebagai seorang underdog kerana bukan dalam kalangan nama besar atau tokoh yang dijangka ramai pihak.
00:10Bekas pegawakan Persekutuan Jabatan Peguam Negara, Dianya Mazuki berkata bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang negatif malah mungkin membawa kelebihan dalam usaha memulihkan institusi kehakiman.
00:22Menurutnya dalam sistem yang sedang dipulihkan, kadang-kadang tokoh yang kurang dikenali lebih selamat berbanding tokoh yang terlalu kerap berada di puntas utama.
00:31Belar berkata pelantikan kali ini tiada penyambungan tempoh dan tiada tokoh favorite.
00:36Namun katanya kebimbangan tetap ada kerana Datuk Wan Ahmad Farid Wan Saleh pernah menjadi timbalan menteri dalam negeri bertanding atas tiket UMNO
00:46dan pernah menarik diri daripada mendengar kes perkaitan Datuk Sinajid Tun Razak dan kini beliau memegang jawatan ke Hakim Antara Negara.
00:55Belar berkata demikian menerusi hantaran di aplikasi X pada Jumaat.
00:58Sebelum ini Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Ahmad Farid diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baru
01:06menggantikan penjana terdahulu Tuntiku Maimun Tuamat yang telah besar wajib.
01:11Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis
01:15pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
01:20selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan hasil rundingan bersama Majlis Raja-Raja.

Recommended