Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang wanita warga asing sanggup meninggalkan suami serta dua anak kecilnya demi menyelamatkan diri sebaik sahaja tempat tinggal mereka diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu Ipoh awal pagi Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah tapak pembinaan di Persiaran Panorama Lapangan Perdana Ipoh, wanita yang berasal dari Sulawesi itu melarikan diri kerana dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739359/Wanita-lari-tinggalkan-suami,-dua-anak-ketika-serbuan-imigresen

#SinarHarian #BeritaSemasa #Imigresen #WargaAsing #Ipoh #Pati
Transcript
00:00Seorang wanita warga asing sanggup meninggalkan suami serta dua anak kecilnya demi menyelamatkan diri sebaik sahaja tempat tinggal mereka di serbu pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu di Ipoh awal pagi Sabtu.
00:13Dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Perak bersama pasukan gerakan AM di sebuah tapak pembinaan di persiaran panorama lapangan perdana di Ipoh,
00:22wanita yang berasal dari Sulawesi itu melarikan diri kerana dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
00:29Ketika operasi dijalankan, suami bersama dua anak mereka yang masing-masing berusia 2 dan 3 tahun telah ditahan pihak berkuasa manakala wanita terbabit gagal dikesan.
00:41Keluarga terbabit merupakan antara lebih 200 warga asing yang diperiksa dalam operasi berkenaan termasuk kira-kira 10 kanak-kanak.
00:49Pemeriksaan kita pada malam ini adalah ada 200 warga negara, pelbagai warga negara dan kita tahan 120.
00:59Yang paling ramai warga negara Indonesia diikuti oleh Bangladesh dan Myanmar.
01:05So, matlamat operasi kita pada malam ini adalah untuk membenteras pemalaman pasport dan juga yang telah tinggal di masa dan juga menggunakan pas yang tidak salah.
01:18Okey, dan saya nasati kepada semua yang di luar sana untuk menggaji pekerja-pekerja asing, tolonglah datang ke Jabatan Immigration.
01:29Jangan gunakan orang kedua untuk memproses pas-pas ini.
01:34Operasi tadi ada dalam 10% yang dapat lari masuk ke semak-semak, tapi tidak ada berlaku dia pergelutan ataupun kecederaan, sama ada di peringkat pegawai ataupun parti tadi.
01:49Kanak-kanak tadi saya tengok kita buat pemeriksaan adalah dalam 10 orang, kanak-kanak bersama dengan keluarga, sama ada ayah ataupun ibu.
01:57So, itu kita akan semak semak semula dan kita akan tengok ambil tindakan juga lah untuk kanak-kanak ni.
02:04Kita ada depo khas untuk kanak-kanak.
02:07Ada yang berjaya ditanggap, ada yang berjaya lolos lah.
02:09Itu kita tidak boleh buat apa-apa kalau yang sudah lari masuk ke dalam hutan apa semua tu.
02:15Sebab kalau kita ikuti juga masuk ke dalam hutan, kita khuatiri benda-benda lain pula berlaku.
02:20So, tapi anyhow, time to time kita akan buat operasi sebegini juga di masa depan lah bersama dengan agensi PGA, PDRM dan juga mungkin kita akan jemput juga jabatan-jabatan lain lah yang berkaitan.
02:36Terima kasih kerana menonton!

Recommended