Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek menyatakan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam proses memuktamadkan Garis Panduan Literasi Kecerdasan Buatan (AI) yang dijangka siap September ini.

Jelasnya, garis panduan itu adalah bagi memastikan penggunaan teknologi terbabit dilaksanakan secara beretika, selamat dan berpandukan nilai murni.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui yang meminta menteri pendidikan menyatakan bagaimana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan diperkasa bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui penerapan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan TVET.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #parlimen #literasiAI #AI #KPM #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Kemencahan Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam usaha membangunkan potensi setiap murid
00:05melalui penyediaan pendidikan asas yang berkualiti
00:08serta pelaksanaan informasi pendidikan yang sedang digerakkan secara menyeluruh
00:12Melalui pelan pendidikan baru BPPM 2026-2035
00:17KPM merangka 5 fokus utama iaitu quality, access dan equity
00:22ketersediaan sumber dan kecekapan, kelewesan serta kemampanan
00:26Pelan ini memberi penekanan kepada penjajaran kurikulum dengan realiti pasaran
00:30pembelajaran berasaskan teknologi seperti AI dan pemerkasaan ekosistem TVET
00:35Pelantar pembelajaran digital delima telah diperkenalkan sejak Julai 2019
00:40Pelantar ini dilengkapi dengan 16 aplikasi kecerdasan buatan
00:44antaranya seperti Gemini, ChatGPT, Bing AI dan Conquer AI
00:48yang berperanan membantu guru dalam rancang pengajaran
00:52menyediakan kuis serta mencipta sumber pendidikan yang dapat meningkatkan produktiviti
00:57dan mutu pengajaran dan pembelajaran
00:59Sebagai langkah inovasi, Kementerian Jepang Malaysia sedang mempersiapkan
01:03AI Powered Classroom di 11 buah sekolah sebagai permulaan
01:07dan kelas-kelas yang tersedia untuk dinaik taraf
01:10bagi menyediakan laluan pembelajaran yang diperibadikan dan adaptif
01:14KPM juga dalam proses memutamatkan garis panduan literasi AI
01:18yang dijangka siap pada September 2025
01:20bagi memastikan penggunaan teknologi ini dilaksanakan secara beretika
01:24selamat dan berpandukan nilai murni
01:27Terima kasih telah menonton!

Recommended