Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan hasutan kebencian kaum atau meluahkan perasaan hingga menjejaskan keharmonian, sebaliknya fokus kepada perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan memajukan negara.
Beliau menegaskan bahawa kemajuan negara tidak dapat dicapai melalui sentimen perkauman, sebaliknya kestabilan dan keharmonian merupakan asas penting ke arah pembangunan mampan.