Kerajaan dijangka raih penjimatan RM135 juta menerusi pengurangan subsidi telur
Pengurangan subsidi telur ayam daripada 10 sen kepada lima sen sebiji berkuat kuasa 1 Mei, dijangka memberi penjimatan kepada kerajaan sebanyak RM135 juta bagi tempoh tiga bulan, sebelum kawalan harga telur ayam dihentikan sepenuhnya pada 1 Ogos ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pengurangan subsidi itu, menjimatkan perbelanjaan kerajaan iaitu sebanyak RM45 juta sebulan.