SST: Kerajaan akan beri penjelasan elak kekeliruan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan memperjelaskan semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penjelasan lebih menyeluruh akan diberikan susulan kekeliruan orang ramai selepas senarai barangan yang dikenakan cukai itu dikeluarkan baru-baru ini.