Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 6/19/2025
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) melupuskan 1,742 unit bubu naga yang digunakan secara haram di sepanjang 123 kilometer perairan Kerian dan Larut Matang, Parit buntar, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, kesemua peralatan bernilai RM176,640 itu adalah hasil pelaksanaan penguatkuasaan secara berterusan menerusi Op Sayong tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734510/berita/semasa/maritim-gagalkan-nelayan-haram-1742-bubu-naga-dilupuskan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Maritim #bubunaga #nelayanharam #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Hari ini kita menyaksikan pemusnahan sejumlah bumbu naga yang telah dirampas hasil daripada operasi penguatkuasaan yang bersepadu.
00:11Organ perupasan hari ini melibatkan 1,742 unit bumbu naga yang telah dirampas hasil operasi penguatkuasaan di perairan kerian dan larut matang dan juga selama.
00:23Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menghapuskan penggunaan alat penangkapan haram dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya memelihara ekosistem laut.
00:38Ini adalah simbol kepada usaha kita untuk menghapuskan penggunaan peralatan haram dan memupuk kesedaran kepada masyarakat dan layan untuk beralih kepada kaedah penangkapan ikan yang sah dan mesra alam.
00:53Terima kasih telah menonton!

Recommended