Berbekalkan modal RM3,000, seorang petani muda dari Beta Hilir di sini mencipta alat khas untuk menabur benih padi dan baja yang merupakan inovasi pertama seumpamanya di Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian Hazelen Liana Kamarudin.
Ahmad Zailani Mustafa, 33, berkata, idea itu tercetus selepas menonton video petani di Thailand melalui platform TikTok sebelum mula mereka bentuk alat tersebut pada Mac lalu.