Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 6/19/2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil langkah tegas dengan memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu 'Edisi Siasat' dan 'Edisi Khas'.

SKMM dalam kenyataan pada Rabu berkata, tindakan tersebut merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya memandangkan Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [ASP(C)].

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734494/berita/semasa/mcmc-fail-tindakan-sivil-terhadap-saluran-edisi-siasat-edisi-khas

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #Beritasemasa #MCMC #EdisiSiasat #EdisiKhas
Transcript
00:00Tuhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC, memfailkan tindakan sivil terhadap Telegram edisi siasat dan edisi khas.
00:08MCMC dalam kenyataan berkata,
00:11tindakan tersebut merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial
00:16memandangkan Telegram merupakan pemegang lesen perkhidmatan aplikasi kelas ASPC.
00:23Ia susulan kegagalan serius Telegram menangani kandungan yang telah berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka
00:29walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama dilakukan MCMC.
00:35Kedua-dua saluran berkenaan dikenal pasti menyebarkan kandungan yang melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
00:45MCMC berkata,
00:46pihaknya telah berjaya memperoleh perintah injungsi interim daripada Mahkamah Tinggi sebagai langkah terakhir
00:52menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan tersebut serta menghalang penerbitan semula kandungan seumpamanya.
00:59Tindakan ini diambil demi memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam terus dilindungi.
01:07MCMC berkata, Telegram akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.
01:16Terima kasih telah menonton!
01:22Terima kasih kerana menonton!

Recommended