Perikatan Nasional (PN) ditunjangi PAS dan Bersatu tidak mungkin menerima Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang kalah pada pemilihan PKR bulan lalu kerana mereka tiada sokongan akar umbi kuat, kata penganalisis.
00:00Perikatan Nasional ditunjangi PAS dan bersatu tidak mungkin menerima Rafi Ziramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang kalah pada pemilihan PKR bulan lalu kerana mereka tiada sokongan agar umbi kuat, kata penganalisis.
00:15Pelu Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata perjuangan dua pemimpin itu juga bertentangan ideologi PN menyebabkan mustahil untuk melihat dua bekas Menteri PKR memilih gabungan tersebut walaupun sedang kecewa.
00:31Beliau berkata kehadiran dua tokoh itu hanya akan menambah masalah kepada PN berbanding nilai tambah mungkin di bawah mereka.
00:38Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia pula berkata ideologi serta perjuangan Rafi Ziramli dan Nik Nazmi lebih kepada masyarakat civil,
00:49tidak sama dengan PN terutama PAS yang lebih kepada perjuangan menegakkan negara Islam dan mahu melaksanakan hukum hudud.
00:57Ahad lalu setiausaha agung PAS Takiuddin Hassan dilaporkan berkata PN tiada rancangan menjemput Rafi Zee dan Nik Nazmi yang mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri minggu lalu.