Seorang pemimpin PAS berkata tiada keperluan Mohd Shukri Ramli meletakkan jawatan menteri besar Perlis walaupun kalah pemilihan jawatan Yang Dipertua (YDP) PAS Arau, Sabtu lalu.
00:00Tidak ada keperluan Muhammad Syukri Ramli meletakkan jawatan Menteri Besar Perlis walaupun kalah pemilihan jawatan yang di-Pertua PAS Araw Sabtu lalu.
00:11Itu pandangan Ahli Jawatan Kuasa PAS Perlis Muhammad Rizwan Hashim sambil berkata kekalahan Syukri bukan penolakan terhadap kepimpinan kerajaan negeri diterajuinya.
00:22Rizwan turut menasihatkan mana-mana pihak terutama di luar PAS tidak mencetuskan ketegangan dengan mendesak Menteri Besar meletak jawatan.
00:32Beliau merujuk kritikan naib Presiden Amanah Mahfuz Omar yang mempersoalkan mengapa tiada desakan Syukri meletak jawatan susulan kekalahannya.
00:42Pada pemilihan itu Syukri kalah kepada penyandang Solahuddin Azmi yang terus diangkat perwakilan bagi memimpin PAS Araw bagi sesi 2025-2027.
00:54Spekulasi menggesa Syukri meletak jawatan turut bertiup kencang pada Ogos tahun lalu namun pesuruh jaya PAS Perlis itu memberitahu FMT beliau enggan melayan gosip politik nakal berkenaan.