00:00Bekas Ahli Parlimen UMNO berkata Dr Mahathir Mohamad mesti turut memikul tanggungjawab atas kemerosotan hubungan kaum di Malaysia yang menurut bekas Perdana Menteri itu semakin parah selepas beliau meletak jawatan pada 2003.
00:17Taufik Ismail berkata keputusan Mahathir untuk memberi tumpuan pada dasar seperti Malaysia Incorporated yang menggalakkan kerjasama lebih erat antara sektor awam dan swasta bermakna dasar-dasar lain bertujuan memupuk perpaduan terpaksa diketepikan.
00:35Menurutnya bapa-bapa pengasas negara Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lok dan Witi Sambatan telah membentuk gabungan patriot dan memastikan komuniti masing-masing menyumbang kepada pembinaan negara.
00:48Bagaimanapun kata Taufik apabila Mahathir mengambil alih tampuk pimpinan pada 1981, dasar-dasar yang dirangka untuk memulihkan hubungan kaum selepas rusuhan kaum pada 1969 tidak lagi menjadi keutamaan.
01:04Pada 8 Mei, Mahathir berkata jurang perkawaman di negara ini dilihat semakin ketara berbanding ketika beliau menjadi Perdana Menteri mengaitkan dengan ketiadaan bahasa kebangsaan sebagai penyatu serta kewujudan parti-parti politik berasaskan kaum.
01:22Wang Chin Huat, ahli sains politik di Universiti Sunway, mengkritik Mahathir dengan mendakwa keharmonian kaum yang dilihat ketika beliau menjadi Perdana Menteri adalah berpunca daripada pemerintahan autoriteriannya.
01:37Beliau berkata Mahathir berpegang kepada kepercayaan bahawa Malaysia milik orang Melayu dengan mengetepikan pandangan golongan minoriti dan menggambarkan perpaduan nasional sebagai bergantung kepada asimilasi mereka.