Politik perkauman tidak boleh dibiarkan bertapak di Sabah kerana perpaduan dan keharmonian di negeri Borneo itu aset sangat berharga, kata bekas ketua menterinya, Salleh Said Keruak.
00:00Politik perkawaman tidak boleh dibiarkan bertapak di Sabah kerana perpaduan dan keharmonian di negeri Borneo itu aset sangat berharga, kata bekas Ketua Menterinya Saleh Said Kruak.
00:13Bendahari UMNO negeri itu berkata rakyat Sabah mengamalkan agama masing-masing dengan rasa hormat dan saling memahami kerana keharmonian antara agama sebahagian daripada kehidupan seharian.
00:25Walaupun mengakui memang wujud perbezaan politik tetapi ia bukan berdasarkan kaum atau agama dan tidak memecah belahkan rakyat Sabah.
00:34Malah katanya politik di Sabah lebih tertumpu kepada pembangunan dan keperluan rakyat seperti peluang pekerjaan, jalan raya, pendidikan dan bekalan air bersih.
00:44Beliau juga tertanya-tanya mengapa isu perkawaman masih berlaku di semenanjung Malaysia selepas lebih 60 tahun merdeka.
00:52Sedangkan masyarakat pelbagai kaum di Sabah hidup dalam harmoni dan meraihkan perayaan masing-masing tanpa halangan.